CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Friday 24 February 2012

**IbAdAt jAdi dOsA jikA riAk**

Bismillahhirrahmanirrahim...
Kali ni saya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat yang sudi singgah diblog saya tentang ibadat jadi dosa jika kita berasa riak. Sebenarnya ilham ni pun dapat bila sahabat-sahabat saya bertanya tentang hal ni. Jom kita baca kt bawah ni..=)




SESUNGGUHNYA orang mukmin yang sebenarnya ialah orang selalu menjauhi sesuatu yang akan menjadikan dirinya bersifat riak dan sombong. Ini kerana, sifat sedemikian dapat menghapuskan semua pahala dan orang yang melakukannya akan dihina oleh Allah pada hari akhirat kelak kerana Allah sangat membenci perbuatan itu.

Sebaliknya Allah sangat menyukai orang yang ikhlas dalam setiap amalannya yang beribadah kepadanya semata-mata kerana tidak mengharapkan sesuatu, kecuali dengan keredaanAllah.Dia beribadah kepada Allah kerana patuh kepada khaliqnya(pencipta).

Dengan ini, Allah tidak akan menerima amal ibadat yang dilakukan dengan terpaksa seperti firman Allah yang bermaksud : "Dan tidaklah mereka itu diperintahkan kecuali (hanya) untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan agama dengan lurus." (Surah Al-Bayinah, ayat 5).

Sering kali suatu ibadat menjadi dosa hanya kerana sipelakunya riak. Amal ibadat yang dilakukannya bukan lahir daripada hati ikhlas melainkan kerana ingin dianggap sebagai seorang yang berbudi baik atau ingin dikenal sebagai dermawan. Sikap dan perangai orang seperti di atas dapat kita temui dalam al-Quran.

Firman Allah yang bermaksud : "Hai orang beriman, janganlahkamu menghilangkan (pahala sedekahmu) dengan menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan hartanya kerananya kepada manusia dan ia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.

Maka perumpamaan orang seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah ia bersih(tidak bertanah).Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan oleh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir." (Surah al-Baqarah ayat 264).

                                               
                        ~_~kasihfathunnisa~_~


Wednesday 22 February 2012

*-* sEguMpAL dArAh bErnAmA hAti *-*

HATI

Wahai hati, 
Usah dikenang peristiwa semalam,
Jika mengingatinya membuatkan dirimu gundah-gulana.

Terkenang detik itu,
Engkau terus berbicara,
Bersama desiran bayu malam,
Lidah kelu untuk melafazkan,
Justeru titisan embun membeku,
Umpama kerasnya dirimu hati, 
Enggan menerima erti sebuah kesilapan.


Wahai hati, 
Engkau perlu terus tabah,
Jangan mudah berputus asa,
Kerana rahmat Allah sentiasa terbentang luas di hadapan sana,
Hanya dirimu yang perlu mencari sinar nur HidayahNya,
Agar terang dan bercahaya jalan yang engkau lalui.


Ya Rabbal Izzati,
Titipkan ke dalam hatiku,
Secebis rasa kesabaran,
Sebagai azimat agar diriku,
Terus dilindungi perisai ketabahan,
Lambang keutuhan iman dan tawakkal,
Benteng kekuatan diri ini,
Ya Rabbi!


~kasihfathunnisa~

Sunday 19 February 2012

~kELuhAn rAsa, pAsti ada hikmAh disEbALikNyA~

Assalamualaikum w.b.t...
Di sini tqah juz nak berkongsi keluhan hati tqah time dpat taw apa yg tqah idamkan xdpat..Hanya Allah yg taw mcm mna perasaan tqah masa tu. Macam nk nangis je rasa. Yela..subjek yg kita xmnat mcm mna nk blajar kn=) Tp smua tu berakhir bla Allah anugerahkan tqah shabt2x yg dpt mndorong tqah lupakan apa yg tqah rasa. Dorg ckp Allah dh plih yg terbaik utk tqah. Terima Kasih Ya Allah di atas kurniaan-Mu & juga sahabat tqah yg tqah sayang^-^
Kat bwah ny tqah nk kongsi ckt ayat2x supaya kta xrsa sedih & keluh kesah bila kta diuji..sma2x bca yea~-~


*AKU TAK DAPAT TAHAN!!!.... "...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -(Surah Yusuf ayat 12)


*KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?..... "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -(Surah At-Taubah ayat 129)


*APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?..... "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -(Surah At-Taubah ayat 111)


*BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?.... "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -(Surah Al-Imran ayat 200)...."Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -(Surah Al-Baqarah ayat 45)


*RASA FRUST?..... "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." (Surah Al-Imran ayat 139)


*KENAPA UJIAN SEBERAT INI?..... "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -(Surah Al-Baqarah ayat 286)


*KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?..... "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -(Surah Al-Baqarah ayat 216)


*KENAPA AKU DIUJI?...... "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )


So, kwn2x semua mari sama2x kita renungkan balik yea..Apa yang Allah kurniakan kepada kita itu adalah yg terbaik untuk kita.Pasti ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.


~~kasihfathunnisa~~