CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Wednesday 12 December 2012

AkU + KAU

Assalamualaikum kpd sahabat yg sudi menjenguk blog yg x seberapa nie ;)
Sedikit pengalaman yg nk saya kongsikan di malam yg penuh hening ni.. apa bendanya aku
+ kau ni??? cerita cinta ke?. kalau nk taw baca la smpai abis yea^_^
   Actually semalam saya join sebuah talk yg dianjurkan oleh SLC, USIM sempena MANSAF'12 . Talk tu bertitle "AKU + KAU". Menarik kan? Tazkirah + Konsert = TAZSERT. Bukan tazkirah je, tp konsert pn ada. Bukan sebarangan konsert yea.. Ahli panel yg menghangatkan program ni ialah Dr. Irwan bin Muhd Subri (ketua program Sarjana Muda Fiqh & Fatwa) & Ustazah Nabilah bt Yusof (Tanyalah Ustazah TV9 & Pensyarah Fakulti Syariah & Undang2) & penampilan istimewa ialah Ustaz Haslin bin Brahim yg juga di kenali sekarang ni dengan panggilan Ustaz Bollywood.
   Sejujurnya sebelum talk ni start, saya igt aku+kau ni berkisahkan pasal cinta.. Termalu juga dengan diri sendiri..teringat pasal cinta je. Padahal berkisahkan tentang masyarakat. Pasal orang yg berada di sekeliling kita. Pasal orang yg mementingkan diri sendiri. Dalam erti kata lain yg senang nk faham ialah "SELFISH". Aku dengan hal aku & kau dengan hal kau. So, sahabat sekalian, kita perlu cakna isu ni supaya diri kita sentiasa disegani oleh masyarakat luar. Supaya kita taw nk menyesuaikan diri kita dalam masyarakat. Penting sangat!!!! Isu ni umum. Macam2x situasi kita boleh kaitkan.
Firstly, jiran tetangga kita. Dari apa yg saya lihat, hidup bermasyarakat sekarang ni dh xmcm dulu. Masyarakat sekarang ni sibuk buat hal sendiri sampaikan siapa jiran sebelah rumah pun xkenal. Teruk sgt la kan klu ada org mcm 2. Secondly, hubungan rumah tangga. Emm, isu pasal ni saya xpndai bercerita coz masih mentah lg dalam hal ni coz xkhwin lg kn. Nk kongsi apa yg ustaz Haslin ckp trasa malu plak =) the next point pasal kawan @ rakan. Isu pasal ni la yg paling utama untuk yg berumur mcm saya nie. Yg masih belum berkahwin ni (",)..hee..ayat budget ckit.. Isu yg relate pasal aku kau dalam persahabatan ni ialah kita sebagai manusia kena la berbuat baik kepada orang lain . Jangan sesekali kita meyakiti hati orang lain. Bila sekali terasa selamanya akan tersimpan dalam lubuk hati yg paling dalam tu. Susah sgt nk memaafkan. Kita juga haruslah ambil berat & ambil tahu psal kwan kita.. Bukan saya nk suruh korg jga tepi kain orang. Tp untuk kita eratkan lg hubungan silaturrahim antara kita & kawan2 yg lain. Coz kita semua saling memerlukan. Xboleh nk hidup sendirian. Paling tidak pun ukirla garis senyuman di bibir tu. Macam tajuk buku "Senyumlah" tu ;) Itu pun salah satu cara utk kita sama2x memanjangkan tali silaturrahim sesama kita. Dan kena sentiasa igt, bertolak ansur tu pun penting juga. Apa yg saya kongsi ni based on apa yg saya dapat dari ustaz & ustazah semalam. Seperti Firman Allah s.w.t :

   
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).  (Surah Ali `Imran: 110)

Dalam konteks nk jaga hati kawan ni, macam2x sudut perlu kita taw. Kita sebagai manusia kadang2x sering terleka. Kadang2x kita xsedar perbuatan kita tu membuatkan insan lain terluka. Sejujurnya saya nk berkongsi, diri ni banyak sgt trasa hati dengan kawan2x. Banyak sgt kecewa dalam persahabatan ni. Macam ustaz & ustazah ckapla, kadang2x kawan ni dorang xtaw, xsedar dia dah sakitkan hati orang lain. Sekali trasa sampai mati akn ingat. That's true. It's happened in my life. Tapi xboleh la smpai nk berdendam. Saya selalu muhasabah balik diri ni. Mungkin dalam masa yg sama saya pun pernah sakitkan hati orang lain tanpa saya sendiri sedar. Tu la salah satu cara utk saya lupakan seketika apa yg orang buat kt saya. Mengelakkan dr berfikir, tp biarla terbuku dlm hati:) Xkan coz pasal ni kita nk bermasam muka, nk berdendam smpai xckap antara satu sama lain.  Sesungguhnya perbuatan ni dilarang oleh Rasulullah. Seperti hadis Daripada Anas r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda :
" Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki, belakang-membelakangi dan pulau-memulau. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara (dengan berkasih-sayang dan ziarah-menziarahi). Dan tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan (memulaukan) saudaranya lebih dari 3 hari ". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
~~~Berbisik-bisik..
 Dari Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila engkau bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa menghiraukan yang lain, hingga engkau bergaul dengan manusia, karena yang demikian itu membuatnya susah."
Sahabat sekalian.jangan igt bila kita berbisik tu kita rasa suka, rasa senang dengan perbuatan kita. Kalau ada diantara org yg berbisik2x itu orang ketiga, kalau org ketiga itu terasa hati, maka berdosa la dua orang tu td.. Nmpak mcm simple sgt feel kta tu kan.. Tp memberi kesan yg besar terhadap diri yg buat tu. Walaupun x mengata kt org ketiga tu pun, tp hukumnya ttp sama. Berbisik2x bukan je duduk rapat2x mulut berbisik terus ke telinga, tp byk cara. Skrg ni ber'sms', sama2x ketawa, buat memek muka.. Pd pandangan saya semua tu sama je mksud n situasi dgn berbisik2x tu. Hmm..susah kn..so kena la sama2x kita muhasabah diri kita balik. Benda ni semua berlaku time kita xsedar. Tu x masuk lg bab mengumpat.. Perbaiki diri sendiri dulu sebelum nk tegur orang lain.
P/S : Semua ni saya tulis utk mengingatkan diri saya sendiri n juga sahabat2 yg lain. Kita sbg manusia xkn terlepas dari bt salah & silap. Saya sendiri pn pnah bt apa yg saya tulis ni. So, lpas ni sma2x kita muhasabah perbaiki balik diri kita yea sahabat semua. Ustaz Bollywood ckp , seorang tu sentiasa berbuat baik sepanjang kehidupan dia di dunia. Di akhirat sejengkal lg kaki dia nk melangkah ke syurga, tp disebabkn perbuatan dia terhadap manusia, dia terhumban ke dalam neraka. Seorang lg sentisa berbuat jahat. Sejengkal lg kaki dia nk melangkah ke neraka, tp disebabkan dia bertaubat, dia dimasukkan ke dalam syurga dengan Rahmat Allah s.w.t.  Subhanallah..semoga kita juga sampai ke JannahNya. Amiinn Ya Rab.

Setakat ni jela yg mampu saya share. Mohon kpd sahabat yg singgah di blog saya ni tinggalkan komen wlupun ckit..k ;) 
~ Renung2kan & Selamat Beramal (utk saya juga =) )

3 comments:

  1. x de ape nak comment...cume nk kate,talk smlam mmg osem...btw,dlm hal ukhuwah ni sy cume brpegang pd stu teori ciptaan sndri,,," ketika mana kita mersa kita lh y terbaik dlm berukhuwah,sdrlah bhw itu adalah petanda bahwa kita adalah shbt y pling teruk dlm berukhuwah....btw,sy syg kwn2 sy sume..trmsuk awk...nice to meet u my dear...^^

    ReplyDelete
  2. salam.. hati yg tenang adalah hati yg lapang dr segala hasad dan dendam... mga ukhwah ini berkekalan, bkan kau dan aku... tp saya dan awak... thanks ikah... I hope that it isn't too late..

    ReplyDelete